Thursday, 24 March 2016

Stigma Negatif Terhadap Kaunseling

HAPUSKAN STIGMA NEGATIF TERHADAP KAUNSELING

“Aku tak nak jumpa kaunselor…sebab nanti orang akan cakap aku ni ada masalah..aku gila…aarrgghhh…aku stress!!!”

Kenyataan seperti ini seringkali kita dengar dalam kalangan masyarakat yang “takut” untuk berjumpa dengan kaunselor. Hal ini kerana, pendedahan info mengenai kaunseling adalah sedikit. Terdapat beberapa mitos mengenai kaunseling yang sering menjadi stigma masyarakat kita pada hari ini. Oleh itu, mari kita hapuskan stigma negating mengenai kaunseling.

Mitos 1
Kaunseling untuk orang yang ada masalah dan sering gagal dalam kehidupan sahaja
Fakta
Sesi kaunseling akan dijalankan kepada individu mahupun kelompok yang mempunyai isu yang biasanya kita hadapi sehari-hari. Maka, apabila seseorang individu itu tidak dapat menyelesaikan isu yang dihadapi, ianya akan memberi tekanan kepada individu tersebut.Tekanan yang dihadapi oleh individu tersebut menyebabkan individu tersebut memerlukan pertolongan daripada kaunselor.
Tahukah anda, kaunseling banyak membantu individu dalam mengatasi isu yang dihadapi seperti:-
-          Individu yang mempunyai isu komunikasi, perasaan rendah diri, rasa malas belajar, gementar dalam menghadapi peperiksaan dan lain-lain lagi.
Mitos 2
Siapa yang pergi kaunseling maka DIA adalah orang yang lemah!
Fakta
Mereka sebenarnya sama sekali tidak lemah.Menerusi kaunseling, individu tersebut akan memperolehi kekuatan, semangat dan individu tersebut akan celik akal dalam membuat keputusan dan perubahan untuk diri sendiri. Berjumpa dengan kaunselor merupakan langkah yang bijak dalam menyelesaikan isu yang dihadapi. Setiap individu berhak untuk menjalankan tanggungjawab untuk diri sendiri.
Mitos 3
Eleh, pergi kaunseling tu, kaunselor yang akan selesaikan anda.
Fakta
Kaunselor tidak akan sesekali menyelesaikan isu individu tersebut.Tetapi kaunselor akan membantu anda untuk meneroka perasaan dan pemikiran-pemikiran yang tidak rasional dan membantu anda supaya celik akal dalam membuat keputusan yang dirasakan terbaik oleh diri anda.
Mitos 4
Kaunselor tidak faham apa yang saya rasakan kecuali kaunselor yang berhadapan dengan isu yang sama dengan saya.
Fakta
Kaunselor dilatih untuk mendengar secara aktif, mendengar untuk memahami dan menghormati apa yang diluahkan oleh individu tersebut tidak kira bangsa, jantina dan agama.
Mitos 5
Kaunselor boleh baca pemikiran orang
Fakta
Kaunselor tidak mempunyai “kuasa” yang boleh membaca pemikiran orang.Walau bagaimanapun, melalui pembelajaran dan latihan yang dijalankan oleh kaunselor untuk mendengar dan membuat pemerhatian dengan teliti maka kaunselor dapat mengetahui perkara tentang diri klien yang tidak disedari oleh klien sendiri.
Mitos 6
Semua orang akan tahu saya pergi mendapatkan perkhidmatan kaunseling.
Fakta
Kaunselor dibatasi dengan kerahsiaan dan tidak akan membincangkan masalah anda kepada pengetahuan umum. Setiap kaunselor perlu menerangkan tentang kerahsiaan kepada anda.


Jadi, mari hapuskan stigma negatif terhadap kaunseling. “U share We Care”

No comments:

Post a Comment