Sunday, 27 March 2016

Jom Kenali Kaunselor Sekolah Anda





1. Cr  Mardzianah bt   YunusBac. Pend Bimbingan dan Kaunseling UPM(KBPA)



2. Cr  Muhamammad Yunus b.Muhsin

Bac. Pend Bimbingan dan Kaunseling UPM (KBPA)



3. Norsyahirah Hanafi
Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling UPSI


CARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN


1.Sukarela
2.Dirujuk oleh guru
3.Dijemput oleh kaunselor
4.Membuat temujanji dengan mengisi borang temujanji

MISI

u Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan
u Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi ( EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
u Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
u Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling
u Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
u Memupuk semangat patriotik  dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.


BIDANG PERKHIDMATAN

1. Akademik
-Pemilihan mata pelajaran,  penempatan selepas PT3,SPM.

2. Kerjaya
-Mengenal potensi diri, memperkenalkan bidang kerjya yang berkaitan dengan aliran sains, aliran kemasyarakatan dan teknik & vokasional.

3.Psikososial
-Kemahiran asertif, komunikasi, pemupukan harga diri.

4.Kesihatan mental
-Tingkah laku antisosial,  persepsi negatif,vandalism,
 dan krisis identiti.

5.Pembangunan diri
-Potensi diri, penyelesaian masalah, nilai diri dan keluarga, penilaian dan peningkatan kendiri.

6.Konferens Ibu Bapa
-Perbincangan profesional tentang pencapaian akademik dan perkembangan sahsiah anak di sekolah.

7. Pendidikan pencegahan dadah/HIV
-Sikap benci kepada dadah dan inhalan, mengetahui kaedah menghindari HIV dan jangkitan.


VISI


Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, terapeutik dan efektif dari aspek fizikal perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah.


         PROGRAM JANUARI MAC 2016




Urine Test





Motivasi Hala Tuju SPM





Motivasi





Mengapa Perlu Hadir Ke Sekolah





Mentor Mentee Guru Penyayang




Program Cerita Kerjaya Saya






Thursday, 24 March 2016

PROGRAM PELAJAR BERFOKUS "NAFAS SEGAR"

Hari   : Rabu

Tarikh  : 24 Februari 2016

Lokasi : Bilik Mesyuarat SMK Dato' Abu Bakar Baginda




CERAMAH "CERITA KERJAYA KU SEBAGAI PEGAWAI PERUBATAN PERGIGIAN"

Hari   : Khamis

Tarikh  : 24 Mac 2016

Lokasi : Dewan Perdana SMK Dato' Abu Bakar Baginda





PROGRAM INTENSIF PLUS (SLOT MOTIVASI MINAT BELAJAR)


Hari      : Sabtu

Tarikh  : 12 Mac 2016

Lokasi : Pusat Sumber SMK Dato' Abu Bakar Baginda









Program Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Koperasi, Pengawas SPBT,Ketua & Penolong Tingkatan



Hari    : Sabtu

Tarikh : 27 Februari 2016

Lokasi : Dewan Perdana SMK Dato' Abu Bakar Baginda












Lawatan Sambil Belajar Ke Bukit Tinggi, Bentong Pahang

Lawatan Sambil Belajar Ke Bukit Tinggi, Bentong Pahang


Tarikh  : 23 Oktober 2015







Apa itu kaunseling ?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua…

Pernah tak datang Unit Bimbingan Kaunseling sekolah?

Apa? Tak Pernah?

Ok, meh nak cerita apa itu kaunseling..

Kaunseling merupakan satu proses interaksi yang melibatkan seseorang kaunselor dan juga klien Oleh itu, kaunseling sebenarnya bukan bererti memberi nasihat. Kaunselor membantu klien untuk celik akal di mana klien sendiri yang membuat keputusan untuk isu yang dihadapi.

Mengikut Patterson (1986), mendefiniskan kaunseling adalah satu lambing yang professional antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien.

Manakala menurut Abdul Halim (1990), kaunseling ialah suatu kegiatan bersifat psikologikal untuk membantu manusia lain dengan cara yang sistematik dan bertanggungjawab.

Oleh itu, kesimpulanya, kaunseling dapat didefiniskan sebagai proses bantuan yang dijalankan oleh kaunselor bagi mengembangkan pemikiran, menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku klien kepada yang lebih diterima. Kaunseling juga menitikberatkan faktor kerahsiaan. Maka, kaunselor tidak akan sesekali membocorkan isu yang telah dibincangkan bersama klien.


JOM ke bilik kaunseling !

Play Therapy dalam Kaunseling

TERAPI BERMAIN  DALAM KAUNSELING

“Ibu, adik rasa sakit sangat dekat bahagian bawah ini. Petang tadi ada abang tu ajak adik pergi taman, lepas tu abang tu masukkan tangan dalam seluar adik.”

Seringkali kita mendengar bahawa sesi kaunseling boleh dijalankan terhadap remaja dan orang dewasa sahaja. Bagaimana pula dengan kanak-kanak? Kanak-kanak sangat terhad dalam komunikasi dan ini membataskan kepada diri mereka untuk menceritakan apa yang berlaku kepada diri mereka. Oleh itu, menerusi Terapi Bermain dalam kaunseling maka isu yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat diselesaikan.

Terapi bermain ini boleh diaplikasikan kepada kanak-kanak dari berusia 4 sehingga 16 tahun. Dalam sesi terapi, kanak-kanak memerlukan bantuan dalam mengatasi masalah emosi, perilaku, sosial dan kesihatan mental yang dibebaskan untuk mengekspresikan emosi dengan cara yang dia rasa selesa dengan menggunakan alat-alat permainan yang disediakan di bilik kaunseling.


Terdapat perbezaan antara terapi bermain dengan bermain dimana terapi bermain mempunyai objektif yang ditetapkan, mempunyai perancangan awal,mempunyai kawalan spesifik, menggunakan alatan tertentu untuk mencapai objektif dan juga mengikut masa yang ditetapkan.

Kita dapat melihat gambar di atas dimana kanak-kanak tersebut bermain patung tersebut di dalam pasir. Hal ini kerana kepentingan bermain terapi bermain pasir ini memberi pelunag kepada mereka untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa ada paksaan. Penggunaan terapi permainan pasir ini akan membuatkan kanak-kanak lebih relaks malah pergerakan otot-otot dapat diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan dan ketengangan dapat dikeluarkan.


Oleh itu, terapi permainan pasir ini juga mendapat perhatian bukan sahaja kanak-kanak malahan setiap peringkat umur juga digalakkan untuk mencuba intervensi ini.

Ok, ini merupakan hasil hasil Terapi Bermain Pasir daripada kanak-kanak setelah menjalani sesi kaunseling Terapi Berpasir.








Stigma Negatif Terhadap Kaunseling

HAPUSKAN STIGMA NEGATIF TERHADAP KAUNSELING

“Aku tak nak jumpa kaunselor…sebab nanti orang akan cakap aku ni ada masalah..aku gila…aarrgghhh…aku stress!!!”

Kenyataan seperti ini seringkali kita dengar dalam kalangan masyarakat yang “takut” untuk berjumpa dengan kaunselor. Hal ini kerana, pendedahan info mengenai kaunseling adalah sedikit. Terdapat beberapa mitos mengenai kaunseling yang sering menjadi stigma masyarakat kita pada hari ini. Oleh itu, mari kita hapuskan stigma negating mengenai kaunseling.

Mitos 1
Kaunseling untuk orang yang ada masalah dan sering gagal dalam kehidupan sahaja
Fakta
Sesi kaunseling akan dijalankan kepada individu mahupun kelompok yang mempunyai isu yang biasanya kita hadapi sehari-hari. Maka, apabila seseorang individu itu tidak dapat menyelesaikan isu yang dihadapi, ianya akan memberi tekanan kepada individu tersebut.Tekanan yang dihadapi oleh individu tersebut menyebabkan individu tersebut memerlukan pertolongan daripada kaunselor.
Tahukah anda, kaunseling banyak membantu individu dalam mengatasi isu yang dihadapi seperti:-
-          Individu yang mempunyai isu komunikasi, perasaan rendah diri, rasa malas belajar, gementar dalam menghadapi peperiksaan dan lain-lain lagi.
Mitos 2
Siapa yang pergi kaunseling maka DIA adalah orang yang lemah!
Fakta
Mereka sebenarnya sama sekali tidak lemah.Menerusi kaunseling, individu tersebut akan memperolehi kekuatan, semangat dan individu tersebut akan celik akal dalam membuat keputusan dan perubahan untuk diri sendiri. Berjumpa dengan kaunselor merupakan langkah yang bijak dalam menyelesaikan isu yang dihadapi. Setiap individu berhak untuk menjalankan tanggungjawab untuk diri sendiri.
Mitos 3
Eleh, pergi kaunseling tu, kaunselor yang akan selesaikan anda.
Fakta
Kaunselor tidak akan sesekali menyelesaikan isu individu tersebut.Tetapi kaunselor akan membantu anda untuk meneroka perasaan dan pemikiran-pemikiran yang tidak rasional dan membantu anda supaya celik akal dalam membuat keputusan yang dirasakan terbaik oleh diri anda.
Mitos 4
Kaunselor tidak faham apa yang saya rasakan kecuali kaunselor yang berhadapan dengan isu yang sama dengan saya.
Fakta
Kaunselor dilatih untuk mendengar secara aktif, mendengar untuk memahami dan menghormati apa yang diluahkan oleh individu tersebut tidak kira bangsa, jantina dan agama.
Mitos 5
Kaunselor boleh baca pemikiran orang
Fakta
Kaunselor tidak mempunyai “kuasa” yang boleh membaca pemikiran orang.Walau bagaimanapun, melalui pembelajaran dan latihan yang dijalankan oleh kaunselor untuk mendengar dan membuat pemerhatian dengan teliti maka kaunselor dapat mengetahui perkara tentang diri klien yang tidak disedari oleh klien sendiri.
Mitos 6
Semua orang akan tahu saya pergi mendapatkan perkhidmatan kaunseling.
Fakta
Kaunselor dibatasi dengan kerahsiaan dan tidak akan membincangkan masalah anda kepada pengetahuan umum. Setiap kaunselor perlu menerangkan tentang kerahsiaan kepada anda.


Jadi, mari hapuskan stigma negatif terhadap kaunseling. “U share We Care”